Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Gempa bumi 5.2 magnitud gegar Greece

ATHENS: Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud menggegar tengah Greece awal hari ini dan dirasai sehingga di ibu negara, Athens tetapi tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan, kata polis dan jabatan bomba.
Institut Aerodinamik Athens dalam laman sesawangnya berkata, gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 1.05 pagi waktu tempatan.
Gempa bumi melanda bandar Chalkida, Pulau Evia dan pusat gempa pada kedalaman kira-kira 10 kilometer.
Greece kerap dilanda gempa bumi tetapi kebanyakannya tidak menyebabkan kerosakan serius.
Negara itu pernah dilanda gempa bumi berukuran 5.9 magnitud pada 1999 yang menyebabkan 143 orang terkorban. - Reuters

No comments:

Post a Comment