Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Gali kubur suami, bawa lari mayat


Sarajevo: Seorang wanita berusia 60 tahun menggali semula mayat suaminya sebelum cuba membawanya bersama ketika memandu melintas sempadan.
Suaminya itu dipercayai dikebumi di tanah keluarganya di Bosnia, namun wanita itu bertengkar dengan mentua dan iparnya menyebabkan dia cuba membawa mayat itu ke rumahnya di Montenegro.
Pemandu lain melaporkan kepada polis selepas melihat wanita itu meninggalkan keranda suaminya di tepi jalan dan meletakkan mayat di tempat duduk sebelah pemandu.
Difahamkan, dia merancang memberitahu pengawal di sempadan bahawa suaminya sedang tidur.
Malangnya, dia ditahan pengawal sempadan hanya beberapa kilometer selepas itu.
Wanita itu berkata dia berhak membawa pulang mayat itu, namun dia tetap didakwa kerana menggali mayat tanpa kebenaran pihak berkuasa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:13 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10854#sthash.UwaGFUf3.dpuf

No comments:

Post a Comment