Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Gajah miang pijak pelatih


Bangkok: Seeorang pelatih gajah maut dipijak sebelum haiwan di bawah jagaannya itu lari dengan membawa pelancong Russia ibu dan anak perempuan yang menunggangnya di selatan Thai.
Jurucakap polis Leftenan Kolonel Narong Laksanawimol berkata, pasukan penyelamat akhirnya menemui gajah berkenaan 3 kilometer dari tempat kejadian sebelum diberi ubat penenang untuk membolehkan pelancong terbabit diselamatkan.
“Kami terpaksa mengikat gajah itu pada pokok dan mengambil masa hampir tiga jam untuk menenangkannya sepenuhnya,” katanya.
Menurutnya, pelatih berusia 60 tahun itu diserang selepas 15 minit perjalanan memasuki hutan berkenaan berhampiran air terjun di Phang Na. Mayatnya ditemui di dalam anak sungai.
Katanya, gajah itu tidak pernah bertindak ganas dan ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku sejak dibela syarikat pelancongan dua tahun lalu.
Haiwan itu berada dalam keadaan ‘musth’ atau menjadi agresif disebabkan mahu mengawan. - AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9761#sthash.m48DBhB6.dpuf

No comments:

Post a Comment