Search This Blog

Friday, November 7, 2014

Enam motosikal dan kereta dibakar

 Oleh Salman Hamat

salman@hmetro.com.my


Butterworth: Enam motosikal dan sebuah basikal rentung manakala sebuah lagi kereta rosak dalam kebakaran di Pangsapuri Wisma Telaga Air, jam 4.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian dipercayai akibat perbuatan khianat.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian berjaya memadamkan api kira-kira 20 minit kemudian.

"Kami sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengesan individu bertanggungjawab melakukan perbuatan ini.

"Usaha kini dilakukan untuk mengesan pemilik kesemua kenderaan terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 1:28 PM

KEADAAN kenderaan yang terbakar. FOTO Salman Hamat
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7227#sthash.WJgWx3i0.dpuf

No comments:

Post a Comment