Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Empayar samseng bakal runtuh


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses akhir mendapatkan persetujuan menjalin kerjasama dengan polis Thailand bagi melumpuhkan empayar kongsi gelap Malaysia yang bermaharajalela di negara jiran itu selepas melarikan diri daripada Ops Cantas Khas.
Kejayaan menjalinkan kerjasama bagi kedua-dua buah negara itu bakal melenyapkan markas persembunyian samseng-samseng Malaysia yang beranggapan mereka bebas daripada terus menjadi buruan kerana berada di negara jiran.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, perbincangan kini berada pada fasa akhir iaitu PDRM bersedia memberi senarai nama ahli-ahli kongsi gelap Malaysia yang dipercayai bersembunyi di negara itu.
“Bagi memudahkan tangkapan, kita juga akan memberikan logo ahli kongsi gelap itu dan tatu yang biasa dibuat pada badan mereka yang menjadi buruan kepada polis Thailand.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3Hx5gOADY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment