Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Empat beranak maut dalam nahas



Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat salah seorang mangsa yang tersepit.


KUALA LIPIS - Hasrat empat beranak pulang ke kampung halaman di Kelantan bagi meraikan majlis pertunangan serta melawat ahli keluarga yang sakit tidak kesampaian apabila kesemua mereka maut dalam kemala­ngan di Kilometer 81, Jalan Kuala Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Kubang Rusa di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 2.45 pagi itu, Ahmad Nor Sallahuddin Ahmad Zamberi, 28, isteri­nya, Azian Ismail, 32 serta dua anak mereka iaitu Ahmad Abinubli, 3, dan Airis Auta, 1, maut selepas kereta jenis kereta jenis Perodua Myvi yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres.
Akibat pertembungan itu, Ahmad Nor yang merupakan anggota tentera berpangkat koperal dan bertugas di Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat Kementah Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur maut di tempat kejadian manakala isteri serta dua anaknya me­ninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3JkAxMYvq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment