Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Dua sepupu maut dalam nahas



BEGINILAH keadaan motosikal dinaiki Sobri dan Firdaus yang maut selepas bertembung dengan sebuah Proton Exora di Jalan Baru, Kampung Rambung, Pulai dekat Baling, Kedah semalam.


BALING – Dua sepupu maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Baru, Kampung Rambung, Pulai dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Mohamad Sobri Aziz, 22, dan sepupunya, Mohamad Firdaus Sobri, 21, kedua-duanya berasal dari Kampung Rambong di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Difahamkan, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari arah Kupang menuju ke pekan Pulai.
Bagaimanapun, setibanya mereka di tempat kejadian, motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggang Firdaus gagal mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang datang dari arah bertentangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3Hx4L4y8X 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment