Search This Blog

Wednesday, November 19, 2014

Dua pengebom jadi buruan



ANAK panah menunjukkan dua butir bom dilontar dari tingkat dua ke arah Toyota Vellfire yang diletakkan di hadapan kelab malam Cherry Blossom di bangunan Sun Complex, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 9 Oktober lalu.


KUALA LUMPUR – Lelaki berambut ikal dan bermisai merupakan antara dua suspek yang dicari polis kerana disyaki terlibat dalam kes pengeboman di sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang di sini pada 9 Oktober lalu.
Bagi menjejaki mereka, polis semalam mengedar imej-imej rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dengan gambar lakaran salah seorang lelaki itu yang bermisai dan berambut ikal.
Menerusi imej CCTV itu, lelaki bermisai dan berambut ikal itu dilihat memakai baju belang manakala rakannya mengenakan jaket warna hitam.
Imej kedua-dua lelaki itu diperoleh daripada empat buah CCTV yang dipasang di sekitar bangunan Sun Complex.
Imej lelaki bermisai dan berambut ikal berjaya dilakar semula oleh pelukis profesional dan Forensik Polis Diraja Malaysia tetapi imej lelaki memakai jaket hitam tidak jelas untuk dilakar semula.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, berdasarkan rakaman empat buah CCTV yang dianalisis, polis mendapati kedua-dua lelaki berkenaan berada di lokasi kejadian sebelum dan selepas bom tangan itu meletup di kelab malam Cherry Blossom pada 9 Oktober lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3JT4N3kWQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment