Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Dua lelaki ditahan kes vandalisme tren SMRT


21 November 2014
SINGAPURA - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes vandalisme baru-baru ini melibatkan tren SMRT di Depoh Bishan di sini.

Suspek, kedua-duanya berumur 21 tahun, dikesan berada di Malaysia, hasil bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP). 

Kedua-dua suspek kemudian diekstradisi ke Singapura pada Jumaat pagi, dan akan dihadapkan ke mahkamah esok bagi pertuduhan melakukan vandalisme dan menceroboh kawasan larangan. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Tan Chye Hee mengucapkan terima kasih kepada PDRM dan RTP atas bantuan mereka sehingga tertangkapnya kedua-dua suspek.    

Pada 8 November, kira-kira 6.40 pagi, polis dimaklumkan gerabak sebuah tren SMRT yang diletakkan di Depoh Bishan telah diconteng menggunakan cat semburan. - Bernama

No comments:

Post a Comment