Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Dua lagi mayat mangsa bot karam ditemui



ANGGOTA Polis mengangkat salah satu mayat yang dijumpai daripada enam anak kapal sebuah bot tunda yang karam selepas dilanggar kapal minyak di perairan Kuantan untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, semalam. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Pasukan mencari dan menyelamat menjumpai dua lagi mayat daripada enam mangsa bot tunda yang karam selepas dilanggar kapal minyak di perairan Kuantan, sembilan batu nautika dari Tanjung Gelang, Khamis lalu.
Dua mayat warga Indonesia itu ditemui hari ini masing-masing jam 7.30 pagi dan 10 pagi tadi.
Kedua-dua mayat dijumpai kira-kira batu nautika dari lokasi.
Semua mayat itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk dibedah siasat.
Semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat seorang kru bot itu kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian pada 1.40 tengah hari.

No comments:

Post a Comment