Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Dua jam tersangkut mata kail

Oleh Muhamaad Razis Ismail 
am@hmetro.com.my


Tumpat: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan sakit dua jam apabila mata kail berkarat tersangkut di kelopak mata kanannya dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, Tumpat petang semalam.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa Raja Aqiel Al-Hafiz Raja Fakurazi terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk pembedahan mengeluarkan mata kail berkenaan.
Selepas dua jam pembedahan mata kail berkenaan berjaya dikeluarkan dan mangsa dilaporkan stabil.
Menceritakan semula kejadian, bapa mangsa Raja Fakurazi Raja Daud, 38, berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anaknya berada di rumah pengasuhnya.
Katanya, anaknya menemui sebatang pancing di dalam semak berdekatan rumah pengasuhnya sebelum menyerahkan kepada seorang rakan perempuannya.
"Kanak-kanak perempuan itu kemudian cuba melontar kail itu ke dalam sawah padi namun tersangkut pada kelopak mata anak saya.
"Kejadian itu disedari oleh pengasuhnya selepas anak saya menangis kerana kesakitan sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 8:13 PM


FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9924#sthash.eV6hpw8Z.dpuf

No comments:

Post a Comment