Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Drebar teksi perdaya 21 wanita

Oleh Mohd Fadly Samsudin

fadly@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi bijak menggunakan keramahannya berkomunikasi untuk memperdayakan 21 penumpang wanita sebelum melarikan barang berharga milik mangsa.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun itu akan mengambil mangsa sebelum meminta penumpangnya itu menolong membeli kad tambah nilai telefon bimbit di kedai serbaneka.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian akan keluar dari teksi dan meninggalkan beg tangan mereka di dalam kenderaan itu membeli kad tambah nilai.

Kesempatan itu diambil suspek untuk melarikan diri bersama beg tangan mangsa berisi wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, kegiatan suspek bagaimanapun ditumpaskan selepas pasukan khas polis menyerbu kediaman suspek di sebuah flat di Jalan Kuchai Lama, di sini, jam 6.15 petang Isnin lalu.

Menurutnya, polis sebelum itu mengekori teksi dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan sehingga ke kawasan flat berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:13 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10851#sthash.QusF2Qph.dpuf

No comments:

Post a Comment