Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Doktor rawat pesakit Ebola mati di Mali



REUTERS - SEORANG pegawai polis mengawal sebuah klinik yang dikuarantin apabila seorang lelaki mati akibat jangkitan Ebola di Bamako, Mali.


BAMAKO – Seorang doktor di Mali yang merawat pesakit Ebola telah meninggal dunia, kata pemerintah negara itu dalam satu kenyataan kelmarin.
Menurut pemerintah, kematian doktor yang tidak didedahkan namanya itu menjadikan angka korban Ebola di Mali meningkat kepada lima orang.
Pengumuman tersebut menyamai kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang melaporkan lima kematian Ebola di Mali tetapi sebuah pertubuhan kesihatan Perancis, Medecins Sans Frontieres (MSF) merekodkan tujuh kematian akibat Ebola di negara itu.
Doktor terbabit yang bekerja di sebuah klinik di ibu kota Mali di sini merawat seorang pesakit, Oussa Koita, 70, yang pulang dari Guinea pada bulan lalu kerana mengalami masalah buah pinggang.
Bagaimanapun, warga emas itu kemudian disahkan mati akibat Ebola, manakala doktor berkenaan disahkan positif Ebola pada 12 November lalu. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Jjx659wY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment