Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Dendam Si Pendek


Oleh Fardy Bungga

fardy@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan melalui detik hitam apabila diperkosa bergilir-gilir sekumpulan lima lelaki warga Myanmar termasuk seorangnya dikenali sebagai ‘Si Pendek’.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya itu melarikan diri dari diberkas anggota polis di Lombong Buaya, Kampung Sri Aman, Puchong di sini, pada jam 1 pagi Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa berusia 16 tahun terbabit sebelum itu mengikuti teman lelakinya seorang warganegara Myanmar dikenali sebagai Mohd Hisham keluar makan di Kampung Sri Aman, di sini.
“Sebaik selesai makan, pasangan itu mahu pulang ke rumah sambil diekori lima suspek yang juga rakan teman lelaki mangsa dengan menaiki tiga motosikal.
“Mereka bagaimanapun terserempak sebuah kereta peronda polis yang cuba menahan kumpulan warga asing itu untuk membuat pemeriksaan,” katanya.
Menurutnya, pasangan itu dan lima lelaki terbabit bagaimanapun meloloskan diri daripada ditahan polis sebelum bersembunyi di kawasan lombong.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:18 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10910#sthash.Zbu0WoaV.dpuf

No comments:

Post a Comment