BEIJING 2 Nov. – Pihak berkuasa China menemui wang tunai berjumlah 200 juta yuan (RM109.1 juta) di rumah seorang pegawai tenaga yang kini disiasat di bawah kes rasuah, lapor media tempatan, semalam.
Ia merupakan rampasan terbesar wang tunai di negara ini.
Wang kertas dalam bentuk 100 yuan itu ditemui di rumah timbalan ketua biro arang batu, Wei Pengyuan.
Wang tersebut membentuk ketinggian 200 meter jika dikumpulkan secara menegak dan mempunyai berat lebih tiga tan, lapor akhbar Huashang Bao yang memetik kenyataan Ketua Biro Antirasuah Jaksa Agung Rakyat, Xu Jinhui.
“Terdapat agenda tersembunyi dalam kalangan pegawai yang melakukan sesuatu selepas menerima wang (rasuah). Mereka terima rasuah dalam satu rangkaian sejak sekian lama,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment