Search This Blog

Saturday, November 1, 2014

China hukum mati lelaki bunuh budak


1 November 2014


BEIJING - CHINA.  Seorang lelaki yang membunuh kanak-kanak perempuan berusia dua tahun selepas ibu mangsa tidak membenarkannya meletak kenderaan di sebuah petak letak parkir kereta telah menjalani hukuman mati, semalam.

Han Lei, 40, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan, tahun lalu.

Lelaki itu sebelum ini telah mengemukakan rayuan namun ditolak mahkamah.

Mengikut fakta kes, Han menarik mangsa dari kereta sorong dan menghempasnya berhampiran sebuah hentian bas, Julai tahun lalu.

Ia berikutan keengganan ibunya memberi laluan untuk Han meletak kereta menurut laporan AFP.

No comments:

Post a Comment