Search This Blog

Wednesday, November 19, 2014

Bunuh ibu kerana malu


London: Seorang kaki botol membunuh ibunya dengan tukul besi kerana malu selepas diharamkan memandu oleh mahkamah setelah didapati bersalah memandu ketika mabuk.
Paul Fox, 54, membunuh ibunya, Yvonne, 83, di dapur rumah mereka di Alsager, berhampiran Crewe pada 3 Jun lalu, beberapa hari selepas polis menahan dia kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Selepas membunuh ibunya, dia pergi ke kedai untuk membeli arak untuk memenuhi ketagihannya.
Polis berkata, Fox juga bercadang membunuh diri selepas itu.
Polis menemui mayat Yvonne dengan beberapa kesan tikaman dan kecederaan teruk pada kepala sehari selepas sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman melarang Fox memandu.
Fox pula ditemui dalam keadaan parah akibat luka selepas cuba membunuh diri di kamar tidurnya.
“Maafkan saya kerana menyusahkan anda. Saya bukanlah jahat sangat,” kata Fox kepada pegawai perubatan yang merawatnya.
Menurutnya, dia tidak dapat meneruskan kehidupan kerana hukuman itu dan bertindak membunuh ibunya kerana yakin wanita tua itu juga tidak boleh hidup tanpanya.
Sebilah pisau dan tukul yang digunakan dalam serangan itu ditemui berhampiran mayat Yvonne.
Ketika disoal siasat, Fox berkata, ibunya kecewa dengan hukuman yang dikenakan ke atasnya selepas dia membeli kereta baru dan memulakan kerja baru.
Fox semalam dipenjara seumur hidup oleh Mahkamah Crown Chester selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:10 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10060#sthash.U2A1yByo.dpuf

No comments:

Post a Comment