Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Berpusing selepas dihimpit treler

Seremban: Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kereta dinaiki terbabas dan terbalik beberapa kali di Kilometer 275, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi, pemandu Perodua Myvi, seorang wanita berusia 40 tahun dan suaminya berusia 45 tahun serta anak lelakinya berusia 11 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Lumpur dipercayai dihimpit sebuah treler berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, arah utara.
Saksi kejadian, Mohd Hafiz Juha, 28, berkata, dia berada di belakang Perodua Myvi itu ketika kejadian.
“Saya nampak kereta itu berpusing dan terbalik beberapa kali dipercayai bergesel dengan sebuah treler di sebelahnya.
“Lori itu meneruskan perjalanan dan saya bersama beberapa pengguna jalan raya lain segera berhenti bagi membantu mangsa.
“Kejadian menyebabkan anak mangsa tercampak di atas tanah di tepi jalan dalam keadaan mulut dan hidungnya berdarah manakala pemandu wanita luka di leher dan tangan. Suaminya tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan tidak sedarkan diri.
“Beberapa pengguna jalan raya turut membantu, sementara menunggu ambulans tiba,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Pegawai Bomba Kanan II Azizie Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.05 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama enam anggota bomba dan sebuah jentera.
Katanya, ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Seremban untuk rawatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:15 AM


KENDERAAN dinaiki tiga beranak remuk selepas dipercayai dihimpir treler, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9862#sthash.KHITKj90.dpuf

No comments:

Post a Comment