Search This Blog

Friday, November 7, 2014

‘Bermalam’ di penjara

Oleh Sarah Zulkifli 
sarah@hmetro.commy

Kuala Lumpur: Lima daripada 14 individu yang dituduh mengembangkan ajaran sesat Millah Ibrahim terpaksa bermalam di penjara selama lima hari sehingga 10 November ini berikutan ketidakhadiran tertuduh lain tanpa alasan munasabah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Hakim Syarie Ibrahim Deris memutuskan sedemikian terhadap Johan Haruna, 40, Mahamad Azhari Tajuddin, 43 dan isterinya yang sarat mengandung sembilan bulan, Liliwati Eden, 36; Anuar Zainal, 47 dan Kamalia Mohamed Taib, 34.
Mahkamah memerintahkan penahanan itu bermula semalam sehingga sebutan kes, iaitu pada 10 November ini.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Zainor Rashid Hassin memohon mahkamah menahan semua tertuduh selama 14 hari atau sehingga tarikh perbicaraan disebabkan tertuduh lain yang ingkar untuk hadir ke mahkamah selepas dibenarkan bebas dengan ikat jamin pada 21 Oktober lalu.
Katanya, kes itu serius kerana ia membabitkan akidah, suatu isu besar tetapi tertuduh pula tidak mematuhi ikat janji sedangkan mahkamah sudah memberi ikat jaminan yang munasabah.
Sebelum itu, Zainor Rashid juga memohon mahkamah menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi memberi masa untuk tertuduh lain hadir namun mereka tetap gagal hadir.
Dalam prosiding sama, Johan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain agama Islam kepada orang Islam yang dikenali sebagai ajaran Millah Ibrahim atau di sebuah premis perniagaan di Megan Phoenix, Cheras di sini antara jam 9 malam hingga 9.25 malam pada 20 Oktober lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:14 AM


DARI kiri: Anuar, Mahamad Azhari, Kamalia, Liliwati dan Johan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7179#sthash.PKZanG8T.dpuf

No comments:

Post a Comment