Rizalman, 38, diekstradisi ke New Zealand pada bulan lalu selepas meninggalkan negara itu selepas dihadapkan ke mahkamah pada Mei lalu.
Dalam perbicaraan yang berlangsung hari ini, Muhammad Rizalman menafikan tuduhan memecah masuk ke sebuah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita.
Sewaktu dihadapkan ke mahkamah sebelum ini, dia dibebaskan dengan jaminan di sebuah tempat yang tidak dinyatakan.
Namun, dia dikehendaki menyerahkan pasport serta diletakkan di bawah perintah berkurung pada waktu malam.
Muhammad Rizalman dituduh mengekori dan melakukan cubaan untuk mencabul kehormatan seorang wanita, Tania Billingsley, 21, di rumahnya di Wellington pada 9 Mei lalu yang terletak berdekatan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di negara ini.
Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah pada Februari ini.
Jika didapati bersalah Muhammad Rizalman bakal berhadapan hukuman penjara sehingga 10 tahun. – AFP