Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Bekas pengarah mengaku tidak bersalah atas dakwaan terima rasuah

SELASA, 18 NOVEMBER 2014 @ 11:30 AM

 
SHAH ALAM: Seorang bekas Pengarah Sumber Manusia sebuah syarikat swasta, Telefex Medical Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pagi tadi selepas dituduh menerima rasuah RM170,000 pada Oktober lalu.

Tertuduh, C.R. Krishnan Kumar, 53, membuat pengakuan di hadapan Hakim Selamat Yahya.

Berdasarkan pertuduhan, Krishnan didakwa menerima suapan berbentuk wang tunai sebanyak RM170,000 daripada Pengarah Nada Persada Sdn. Bhd, Ng Lay Leng sebagai dorongan untuk mengekalkan kontrak Nada Persada bagi pembekalan pekerja asing kepada syarikat Telefex.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Caffe Cino, Hotel Hilton, Petaling Jaya jam 8 malam pada 21 Oktober lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.

No comments:

Post a Comment