Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Banjir: Penduduk Kampung Gong Terap, Setiu diletak dalam berjaga-jaga


KUALA TERENGGANU: Penduduk di Kampung Gong Terap, Setiu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas siren amaran banjir dibunyikan pada jam 9 pagi ini.
Mengikut laporan kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my, siren amaran dibunyikan pihak berkuasa selepas Sungai Chalok melepasi kadar amaran 8.03 meter, berbanding 7.70 meter.
Limpahan Sungai Chalok menyebabkan Jambatan Chalok dinaiki air dan aliran peningkatan air akibat hujan lebat berterusan dibimbangi akan menyebabkan banjir di Kampung Gong.
Setakat ini seramai 55 mangsa di dua kawasan iaitu Gong Badak dan Chendering dipindahkan berikutan rumah mereka dinaiki air.
Semua mereka dari 15 keluarga dipindahkan ke Dewan Sivik Gong Badak dan Sekolah Kebangsaan Chendering sejak petang semalam dan pagi ini.

No comments:

Post a Comment