Search This Blog

Wednesday, November 19, 2014

Banjir: 55 dipindahkan di Kelantan


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh membantu penduduk Kampung Tasek, Bukit Awang, di sini untuk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sementara di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, semalam. - Foto ihsan Bomba
KOTA BHARU: Mangsa perpindahan banjir di negeri ini meningkat kepada 55 orang berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Terbaru, seramai 30 penduduk Kampung Tiong dan Kampung Pendek, di sini membabitkan tujuh keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa terbaru itu dipindahkan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Katanya, kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong di sini.
Semalam, 25 orang dari Kampung Tasek, Bukit Awang, Pasir Puteh menjadi mangsa pemindahan pertama banjir dan ditempatkan di SK Wakaf Raja di daerah itu.

No comments:

Post a Comment