Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Banjir: 47 orang dipindahkan di Kuala Terengganu sehingga pagi ini


BANJIR kilat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak.
KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu meningkat kepada 47 orang sehingga pagi ini, berbanding 20 orang petang semalam.
Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, mangsa yang terdiri daripada 15 keluarga, dipindahkan apabila kawasan kediaman di Chendering di sini dan Gong Badak di Kuala Nerus dinaiki air petang semalam.

PROSES pendaftaran mangsa banjir oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Terengganu. - Foto ihsan http://etindakan.terengganu.gov.my
KETUA Bahagian UMNO Kuala Terengganu, Datuk Haji Sabri Alwi (dua dari kiri) melawat ke pusat pemindahan di SK Chendering. - Foto ihsan http://etindakan.terengganu.gov.my

Seramai 38 orang daripada mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Cendering manakala sembilan orang lagi di Dewan Sivik Gong Badak.


KETUA Bahagian UMNO Kuala Terengganu, Datuk Haji Sabri Alwi (dua dari kiri) melawat ke pusat pemindahan di SK Chendering. - Foto ihsan http://etindakan.terengganu.gov.my


GOTONG-royong menyediakan makanan di pusat pemindahan SK Cendering - Foto ihsan http://etindakan.terengganu.gov.my
Sementara itu, keadaan cuaca di sekitar Kuala Terengganu pagi ini mendung setelah hujan lebat sejak petang semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment