Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Balasan ibu kandung abai anak OKU



Firdaus kelihatan sihat selepas dipelihara Jabatan Kebajikan Masyarakat.


SEREMBAN – Ibu remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 ke atas wanita itu atas dua pertuduhan mengabai dan membiarkan anaknya tanpa pengawasan.
Keputusan itu dibuat Hakim Kamarudin Kamsun selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan yang mewakili tertuduh, Lolanopita Sadi, 40. Dia akan menjalani hukuman tersebut di Penjara Wanita Kajang, Selangor
Sebelum itu, Lolanopita yang memakai baju kurung berwarna krim dan bertudung biru mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Pengakuan itu adalah yang kedua dibuat wanita itu selepas mengaku salah pada 5 November lalu di mahkamah yang sama.
Kamarudin dalam penghakimannya berkata, laporan perubatan menunjukkan Muhammad Firdaus yang mempunyai masalah selebral palsi atau lumpuh otak sejak dilahirkan kerana mengalami masalah kekurangan zat makanan dan bukannya didera atau diabaikan.
“Dia hanya bergantung kasih pada ibunya. Siapa lagi yang boleh diharap, namun undang-undang tetap undang-undang. Tindakan (hukuman) harus diberikan untuk kepentingan awam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3JPdefmjo 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment