Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Ancaman tasik terkotor di Malaysia



BEBERAPA buah kenderaan rosak selepas banjir melanda Lembah Bertam pada 23 Oktober tahun lalu.


CAMERON HIGHLANDS – Tasik Ringlet di Lembah Bertam di sini yang melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan empat nyawa serta merosakkan lebih daripada 100 buah rumah setahun lalu masih dipenuhi dengan sampah dan enapan meskipun pelbagai usaha giat dilakukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membersihkan tasik berkenaan.
Dengan keadaan musim tengkujuh dan hujan yang turun lebih kerap sekarang, wujud kebarangkalian kemungkinan tragedi sama boleh berulang.
Tinjauan Bernama di sekitar kawasan berkenaan mendapati aktiviti pertanian galak dilakukan di lereng-lereng bukit kawasan sekitarnya, malahan ladang-ladang baharu turut dibuka.
Penduduk yang berjaya menyelamatkan diri selepas banjir lumpur itu berlaku telah kembali mendirikan rumah di atas tanah rizab dan membuka penempatan di sepanjang tebing Sungai Bertam seolah-olah lupa akan bahaya besar yang mengancam mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3Hx4raEr1 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment