Search This Blog

Friday, November 7, 2014

Aksi cemas pisau di leher wanita


ROBSON dilihat mengacukan sebilah pisau ke arah leher Assuncao di hadapan sebuah bangunan kerajaan di Brasilia, Brazil pada Selasa lalu.


BRASILIA – Sebuah stesen televisyen di Brazil menayangkan siaran langsung detik cemas seorang wanita yang dijadikan tebusan oleh penagih dadah yang bersenjatakan sebilah pisau di ibu kota Brazil di sini.
Paparan langsung tersebut menunjukkan penagih dadah, Matthew Robson, 33, meletakkan pisau di leher mangsa, Jurema Assuncao, 29, di hadapan sebuah pejabat kerajaan, Selasa lalu.
Seorang jurucakap polis berkata, ketika kejadian Robson berada di bawah pengaruh dadah. Pihak berkuasa tidak pasti motif suspek menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan.
“Kami berunding dengan suspek hampir satu jam dan lelaki itu yang khayal membuat beberapa permintaan pelik termasuk mahu bertemu dengan Presiden Brazil, Dilma Roussef.
“Kami dapat menyelamatkan mangsa selepas beberapa anggota polis berjaya menghampiri suspek sebelum menembaknya dengan pistol renjatan dan peluru getah,” katanya.
Menurutnya, wanita itu dibawa ke hospital tetapi dia tidak cedera manakala suspek ditahan oleh pihak berkuasa. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3IKnzyVhn 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment