Search This Blog

Friday, November 7, 2014

Air naik paras bahaya

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa melepaskan air secara berperingkat apabila paras air di Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands meningkat dengan mendadak dan mencecah tahap kritikal dalam tempoh singkat selepas hujan lebat, kelmarin.
TNB dalam satu kenyataan di sini berkata, hujan lebat luar biasa sejak jam 6 petang Rabu, menyebabkan banjir kilat di Ringlet yang membawa bebanan sampah ke Tasik Ringlet.
Katanya, TNB terpaksa mengaktifkan Plan Tindakan Kecemasan (ERP) apabila air meningkat dengan pantas, dengan kadar kenaikan paras tasik Ringlet mencecah tujuh kaki sejam.
“Kenaikan ini jauh lebih tinggi berbanding paras tiga kaki sejam ketika kejadian banjir lumpur tahun lepas,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, siren TNB di Lembah Bertam dibunyikan pada pukul 8.15 malam untuk pengungsian apabila paras air berada pada paras 3,507.4 kaki, dan siren di Empangan Sultan Abu Bakar pula dibunyikan sebagai tanda amaran bahaya pada 8.40 malam.
“TNB sudah memaklumkan kepada pihak keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan ketua kampung Lembah Bertam sebelum air dilepaskan pada aras 3,510 kaki. Pelepasan air ini dibuat setelah mendapat maklum balas daripada Balai Polis Ringlet bahawa pengungsian sudah selesai dan pelepasan air boleh dilaksanakan,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:19 AM


PENDUDUK melihat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bertam Valley dinaiki air selepas pintu
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7201#sthash.om5D1HRx.dpuf

No comments:

Post a Comment