Search This Blog

Friday, November 7, 2014

Adik bawa lari kaki kakak


Balangoda (Sri Lanka) Polis melancarkan gerakan memburu dua lelaki yang memotong kaki seorang wanita di depan sebuah kedai di sini sebelum melarikannya.
Menurut laporan akhbar, seorang daripada lelaki itu ialah adik mangsa dan seorang anak saudaranya.
Mangsa yang bekerja di sebuah perpustakaan kini dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital dengan kecederaan teruk.
Menurut polis, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja Isnin lalu apabila dihalang oleh adik dan anak saudaranya.
Mereka kemudian memotong kaki wanita itu dan membawanya lari dari tempat kejadian.
Pihak berkuasa hospital berkata semalam, mungkin sudah terlambat untuk mereka membantu menyambung semula kaki wanita berkenaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7065#sthash.pgXE6u1g.dpuf

No comments:

Post a Comment