Search This Blog

Monday, November 3, 2014

9 warga Indonesia cuba rompak kapal ditahan di Kota Tinggi



KOMANDER Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor, ACP Paul Khiu Khon Chiang (kiri) menunjukan antara barang suspek yang dirampas di perairan Pulau Lima, Kota Tinggi oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 2, ketika mengadakan sidang media di Markas Polis Marin Wilayah 2 di Johor Bahru, hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan sembilan warga Indonesia dipercayai cuba merompak sebuah kapal dalam 'Ops Pensura' 2014' di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, dua hari lalu.
Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata semua mereka ditahan ketika berada pada kedudukan 2.5 batu nautika di perairan terbabit pada 7.30 malam.
"Lima daripada lelaki itu ditahan di atas sebuah bot gentian manakala empat yang lain ditahan di atas kapal OST Marine.
"Kesemua mereka mengaku merancang untuk merompak sebuah lagi kapal di perairan Pulau Lima, Kota Tinggi," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Katanya, empat kru kapal OST Marine turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya, turut dirampas 10 bilah parang, 10 topeng muka, galah panjang, telefon satelit serta alatan GPS mudah alih.
"Semua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Barang Kakisan Letupan Senjata Bahaya 1958 dan Akta Imigresen 1959 Pindaan 2002," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment