Search This Blog

Wednesday, November 19, 2014

9 tentera terbunuh dalam nahas helikopter


Bangkok: Penyelamat mengeluarkan mayat sembilan anggota tentera - termasuk seorang komander wilayah - yang terbunuh selepas helikopter mereka naiki terhempas di utara Thailand, kata pihak berkuasa semalam.
Mayat itu - sesetengahnya rentung - ditemui lewat kelmarin, beberapa jam selepas pesawat udara itu jatuh di wilayah Phayao.
Semua penumpang dan kru helikopter berkenaan maut.
Gabenor Phayao, Chuchad Keelapaeng berkata, semua mayat berkenaan dibawa ke hospital berhampiran sebelum dituntut waris masing-masing.
“Kebanyakan mayat terbakar teruk dan tidak dapat dikenali,” katanya dalam satu kenyataan.
Di samping itu, Chuchad berkata, tentera akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat insiden berkenaan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:08 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10043#sthash.jgiGBGme.dpuf

No comments:

Post a Comment