Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

4 lelaki bersenjata tukul rompak kedai emas



ANGGOTA forensik memeriksa di cermin pameran barangan kemas dekat sebuah kedai emas di Jalan Besar, Sungai Siput di sini hari ini. - Foto Mohamad Hairi Azmi Tham
SUNGAI SIPUT: Empat lelaki memakai topi keledar dan bersenjatakan tukul serta besi melarikan barangan kemas dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Besar, Sungai Siput di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, suspek bertindak memecahkan cermin pameran barangan kemas sebelum melarikan barangan kemas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superitendan Ernest John, berkata dalam kejadian itu, tiga suspek masuk ke kedai berkenaan yang tiada pengawal keselamatan manakala seorang lagi menunggu di luar.
"Dua suspek kemudiannya memecahkan cermin dalam premis dan mereka membawa lari beberapa barangan kemas dengan menaiki motosikal menghala ke arah Ipoh," katanya.
Beliau berkata, polis mengadakan Ops Tutup di semua kawasan keluar dari Sungai Siput untuk mengesan suspek.
Katanya, jumlah kerugian dialami pemilik kedai emas masih belum diketahui dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Berdasarkan rakaman CCTV, seorang suspek memakai baju berwarna putih dan berjalur hitam di belakang." katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata.

No comments:

Post a Comment