Search This Blog

Saturday, November 1, 2014

35 rumah rosak akibat puting beliung di Kota Setar

PUTING beliung yang sempat dirakam di Jalan Langgar mengakibatkan lebih 10 rumah rosak, petang tadi. - Foto Danial Noordin
ANTARA rumah yang rosak selepas dilanda puting beliung kecil dikenali sebagai belalai air. - Foto NSTP



Alor Setar: Sekurang-kurangnya 35 rumah di sekitar daerah Kota Setar, dekat sini rosak teruk selepas dilanda puting beliung kecil dikenali sebagai belalai air.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, antara rumah yang rosak dilanda belalai air berkenaan termasuklah di Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa 1, Kampung Sungai Baru dan Taman Inang.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5 petang oleh orang ramai bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati sebahagian rumah yang dilanda belalai air itu rosak teruk akibat dinding kediaman mereka diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang.

No comments:

Post a Comment