Search This Blog

Friday, November 7, 2014

200 dirogol


Agensi
London: Lebih 200 wanita dan kanak-kanak dirogol tentera Sudan di Darfur Utara, lapor media Britain semalam.
Mangsa - termasuk 80 pelajar perempuan - dijadikan ‘tebusan’ selepas seorang daripada anggota tentera Sudan dilaporkan hilang.
Seorang penduduk di petempatan Tabit berkata, beberapa jam selepas kehilangan itu dikesan, pasukan keselamatan Sudan memberi tempoh sehingga senja kepada orang kampung untuk mengesan rakan mereka.
“Kami terkejut apabila tentera mengepung kampung kira-kira jam 8 malam.
“Mereka memukul orang ramai dengan senapang dan menghalau semua lelaki keluar dari kampung,” katanya.
Selepas itu, kata saksi, tentera Sudan mula merogol kira-kira 200 wanita dan kanak-kanak.
Katanya, serangan itu berlaku dari awal malam Jumaat hingga jam 4 pagi Sabtu.
Pada pagi Jumaat, katanya, seorang komander tentera datang ke Tabit dan mendakwa ada anggotanya hilang pada petang Khamis.
AllAfrica.com melaporkan, komander terbabit menuntut penduduk kampung menyerahkan anggota yang hilang itu.
Kata saksi, pegawai tentera itu mengakui anggotanya melakukan jenayah seksual di situ dan meminta maaf kepada mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7063#sthash.XSx8KzyB.dpuf

No comments:

Post a Comment