Search This Blog

Wednesday, November 19, 2014

2 lelaki warga AS diburu

Bangkok: Polis Thai semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap dua warga Amerika Syarikat (AS) yang cuba menghantar kepala bayi, kaki dan beberapa anggota tubuh manusia lain ke AS.
Menurut polis, anggota manusia itu dicuri dari sebuah muzium perubatan Thai.
Polis Thai meminta pihak berkuasa Kemboja untuk mengesan lelaki berkenaan selepas mereka berlepas ke negara itu Ahad lepas.
Ia turut meminta FBI membantu siasatan di Amerika Syarikat.
Polis menyoal siasat Ryan McPherson, 31, dan rakannya, Daniel Tanner, 33, di Bangkok Ahad lalu tetapi kemudian membenarkan mereka berlepas ke Kemboja.
Bagaimanapun, bukti baru muncul selepas pemergian mereka, menyebabkan waran tangkap dikeluarkan ke atas kedua-dua lelaki itu atas tuduhan mencuri, memiliki barang curi dan membuat perisytiharan palsu pada dokumen penghantaran, kata ketua biro siasatan polis Bangkok, Mejar Jeneral Sombat Milintachinda.
“Bukti yang kami peroleh menunjukkan mereka mencuri anggota tubuh manusia itu atau membelinya daripada orang lain. Kami perlu membawa mereka pulang untuk melakukan siasatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, gambar kedua-dua lelaki itu ketika di balai polis Ahad lalu hampir sama dengan lelaki yang sama nama dan usia yang menerbitkan satu siri video menunjukkan beberapa gelandangan bergaduh dan melakukan aksi berbahaya selepas dibayar penerbit filem yang berpusat di Las Vegas.
Kes mengenai anggota tubuh itu terbongkar Ahad lalu apabila syarikat kurier DHL melakukan pengimbasan terhadap tiga bungkusan yang hendak dihantar ke AS dan dilabel permainan.
Hasil imbasan itu menujukkan lima anggota tubuh manusia yang diletakkan dalam larutan formaldehid.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan pasangan itu mendaftarkan di kaunter dua muzium perubatan Khamis lalu, hari yang sama mereka tiba di Thailand.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:18 AM


MCPHERSON (tengah) dan Tanner (kanan) ketika disoalsiasat polis di Bangkok, Ahad lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10130#sthash.UZ0lEtCN.dpuf

No comments:

Post a Comment