Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

18 korban kebakaran kilang lobak


Beijing: Kebakaran di kilang membungkus lobak merah di timur China mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 kematian, lapor agensi berita Xinhua, semalam.
Kebakaran di kilang di wilayah Shandong itu berlaku pada petang Ahad dan berjaya dikawal dalam tempoh beberapa jam. Seramai 13 orang masih dirawat di hospital.
Pengurus kilang berkenaan kini ditahan polis, namun sebab penangkapan tidak didedahkan.
Kemalangan tempat kerja bukan perkara asing di China yang juga ekonomi kedua terbesar dunia.
Antara puncanya, termasuk pekerja yang tidak terlatih atau tidak mengetahui cara melindungi diri dari kemalangan seumpama itu.
Pada Jun 2013, 120 terbunuh dalam kebakaran di rumah sembelihan di Jilin dengan punca kejadian yang dipercayai akibat pengurusan yang tidak baik serta pintu keluar yang terkunci atau terhalang. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9748#sthash.3Y2s32Q4.dpuf

No comments:

Post a Comment