Search This Blog

Saturday, November 1, 2014

18 guni daun ketum bernilai RM55,120 dirampas

SABTU, 1 NOVEMBER 2014 @ 12:07 PM

 
PADANG BESAR: Sebanyak 18 guni daun ketum bernilai kira-kira RM55,120 dirampas sepasukan Anggota Risik Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Chuping, di kawasan ladang getah di sini, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Turut ditahan, seorang lelaki warganegara Thailand dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai cuba menyeludup daun ketum berkenaan melalui sempadan ke negara jiran.

Komander UPP Chuping, Asisten Superintendan Mohd Hafiz Abd Rahim, berkata pihaknya membuat intipan selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 3 pagi.

"Ketika diserbu hampir 100 meter dari pagar sempadan, sekumpulan suspek dipercayai seramai lapan orang dikesan membawa guni berisi daun ketum di atas motosikal masing-masing.


"Hanya dua suspek berjaya ditahan manakala yang lain melarikan diri... selain daun ketum, kita juga merampas lapan motosikal menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM71,120," katanya.

Mohd Hafiz berkata, kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment