Kesemua individu itu didapati bersalah Majlis Hakim Mahkamah Syariah Sigli kerana melanggar Kanun Syariat Islamnombor 13/tahun 2003.
Menurut portal Tribunnews.com, proses hukuman sebat itu dikawal ratusan anggota keselamatan daripada pasukan polis dan tentera Indonesia.
Pelaksanaan hukuman itu turut disaksikan Pegawai Daerah Pidie, Sarjani Abdullah, wakil pegawai daerah Pidie, M Iriawan dan ketua polis daerah Pidie, AKBP Sunarya SIK.
Sementara itu, penduduk memenuhi perkarangan masjid itu untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat ke atas pesalah yang melanggar undang-undang Islam tersebut.
Kesemua pesalah tiba di lokasi hukuman pada pukul 10 pagi waktu tempatan dan hukuman itu dilaksanakan setengah jam kemudian hingga pukul 12 tengah hari.
Sarjani sementara itu berkata, syariat Islam bukan hanya sebatan, namun turut mempunyai bahagian lain.
Justeru beliau mengingatkan penduduk supaya tidak sesekali melakukan perkara yang melanggar syariat Islam.