Search This Blog

Monday, November 3, 2014

13 rumah dilanda pusaran angin



DUA orang penduduk, Jamilah Mard (kiri) dan Sarini Hamah menunjukkan bumbung rumah mereka yang rosak selepas dilanda pusaran angin di Taman Wira Mergong, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR –Sebanyak 13 buah rumah di Blok E, Taman Wira Mergong di sini rosak selepas dilanda pusaran angin seolah-olah puting beliung semalam.
Insiden kira-kira pukul 1.15 petang itu turut menyebabkan suasana panik dalam kalangan penduduk lebih-lebih lagi ia berlaku selepas kejadian puting beliung yang merosakkan 71 buah rumah di empat kawasan di daerah ini pada 31 Oktober lalu.
Seorang penduduk, Rashid Kassim, 60, ketika kejadian, dia yang sedang memasak di dapur sebelum mendengar bunyi bising pada bahagian bumbung rumahnya.
“Saya meluru keluar untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila diberitahu oleh seorang jirannya bahawa bumbung rumahnya telah diterbangkan pusaran angin.
“Saya kemudiannya masuk ke dalam rumah dan mendapati siling serta bumbung di bahagian dapur mengalami kerosakan,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3Hx58slza 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment