Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

10 dicekup main judi kuda



Zakaria (dua dari kanan) menunjukkan barang-barang kegiatan judi yang dirampas pada sidang akhbar di Kuantan semalam.


KUANTAN – Polis menahan 10 kaki judi kuda menerusi enam serbuan berasingan dalam Ops Dadu Khas Bookie Kuda yang dijalankan pasukan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang kelmarin.
Kesemua yang ditahan berketurunan Cina berusia antara 44 tahun sehingga 72 tahun termasuk dua orang wanita.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, operasi yang bermula dari pukul 3 petang hingga 7 malam itu bertempat di premis Lembaga Totalisator Malaysia, Jalan Industri Semambu 9 dekat sini.
Menurut beliau, antara yang dirampas ialah wang tunai berjumlah RM43,901, 10 unit telefon bimbit, 10 unit kad sim, empat alat kelui, satu buku jadual lumba kuda, 13 keping kertas catitan pertaruhan dan dua akhbar berbahasa Cina.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3JPeVM62B 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment