Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

1 maut, 4 cedera kemalangan di LPT

JUMAAT, 21 NOVEMBER 2014 @ 6:27 PM

 
KUANTAN: Seorang pekerja kontrak maut manakala empat rakannya cedera dalam nahas membabitkan dua lori di Kilometer 42.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Bentong tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor, berkata kejadian berlaku ketika mereka yang juga warga Indonesia sedang membaiki pembahagi jalan.

Beliau berkata, mangsa yang dikenali sebagai Hasan terseret sejauh kira-kira 30 meter dan mati di tempat kejadian sementara rakannya yang dikenali sebagai Mohammad Roji, patah kaki kanan.

Tiga yang lain cedera ringan dikenali sebagai Fauzi, Anton dan Fahri.

Beliau berkata, nahas berlaku ketika sebuah lori yang datang arah Kuala Lumpur menuju Kuantan dilaporkan tidak dapat dikawal ketika menuruni bukit akibat kerosakan brek lalu merempuh sebuah lori lain di hadapannya.

"Pelanggaran itu menyebabkan lori yang dirempuh itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh lima pekerja berkenaan," katanya.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment