Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Warga Myanmar ditemui lemas di PD


24 Oktober 2014


TELOK KEMANG – Seorang lelaki warga Myanmar yang hilang ketika mandi di pantai Telok Kemang ditemui mati terdampar di pantai berkenaan awal pagi tadi.

Komander Operasi, Mohd Izwan Md Said dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang berkata, mangsa, Senakanu, 24, ditemui pada jam 4.35 pagi oleh anggota pasukannya yang membuat rondaan di sekitar kawasan berkenaan.

“Mangsa ditemui selepas hampir 14 jam hilang. Ketika ditemui mangsa dalam keadaan berseluar dan  tertiarap di gigi air iaitu kira-kira satu kilometer jaraknya dari lokasi si mati tenggelam,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Izwan berkata, operasi mencari mangsa di kawasan persisiran pantai itu bermula 4.00 petang hingga 7.00 malam semalam dan disambung 9.00 malam hingga pagi tadi.

No comments:

Post a Comment