Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Wanita mengganas di Naughty Girl


Singapura: Seorang wanita dituduh menyerang tiga warga asing bersama lima rakan lelakinya ketika berfoya-foya di sebuah pub di Orchard Towers, Mac lalu.

Dalam kejadian 6 Mac itu, Serena Sazali, 28, dituduh mencetuskan kekacauan serta mengambil dadah.

Insiden itu berlaku di pusat hiburan Naughty Girl.

Menurut dokumen mahkamah, ketika pergaduhan, Serena cuba mengangkat sebuah kerusi untuk dibaling ke arah seorang daripada mangsa.

Dia turut memukul kepala seorang lelaki warga Perancis, Eric Georges Martins, 46.

Selepas dibicarakan, hakim semalam memutuskan Serena dihukum dipenjara sembilan bulan.

Mahkamah diberitahu, Martins dan warga Romania Viliman Daniel Vasile, 23, menari berhampiran Serena dan rakan lelakinya pada kira-kira jam 6.30 pagi sebelum tiba-tiba ditendang seorang lagi rakan lelaki wanita terbabit.

Akibat kejadian itu, berlaku pergaduhan dan lelaki warga asing berkenaan ditendang dan dipukul berulang kali.

Seorang warga Australia Gregory Victor Mckean, 34, juga diserang walaupun tidak mempunyai sebarang kaitan dalam pergaduhan berkenaan.

Mckean dibelasah ketika sedang minum berseorangan.

Mangsa dikejar di keliling pub itu dan orang ramai yang cuba menghalang perbuatan mereka turut diserang.

Polis menerima panggilan mengatakan lebih 20 orang bergaduh di dalam pub itu.

Pengawal keselamatan pusat hiburan itu kemudian berjaya meleraikan pergaduhan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:06 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3764#sthash.JTbGY8on.dpuf

No comments:

Post a Comment