Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Wanita maut jatuh bangunan


ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 49 tahun maut dalam keadaan mengerikan selepas dia terjatuh dipercayai dari tingkat tujuh bangunan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pagi semalam.
Mayat mangsa, Teoh Ah Fong ditemui pekerja pembersihan pada pukul 7.30 pagi di bahagian sudut bangunan berdekatan kafeteria hospital tersebut dalam keadaan terlentang dengan mengalami kecederaan parah di kepala.
Suami mangsa, Tan Ah Keat, 55, berkata, sebelum kejadian, dia menghantar isterinya ke bahagian kecemasan hospital bagi mendapatkan rawatan selepas dia mengadu sakit kerana mengalami masalah membuang air kecil pada pukul 1.30 pagi.
“Setelah tiba di hospital, saya dan isteri mengambil nombor giliran untuk berjumpa dengan doktor dan ketika menunggu, anak perempuan saya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) mengantuk dan mahu pulang.
“Jadi, saya membawa anak pulang dulu ke rumah di Alor Mengkudu di sini dan meninggalkan isteri di hospital untuk mendapatkan rawatan dan kebiasaannya dia akan dimasukkan ke wad,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3GAGawDLa 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment