Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Wanita disyaki dera anak 3 tahun ditahan


Shah Alam: Seorang wanita warga Indonesia ditahan sepasukan anggota polis selepas dipercayai mendera anak lelakinya berusia tiga tahun 26 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan di rumahnya di Puchong sehari selepas mendapat aduan pihak hospital.

Katanya, kejadian disedari bapa mangsa semasa membawa anak sulungnya itu pulang ke Muar, Johor sebelum menghantarnya ke Hospital Muar untuk rawatan.

“Mangsa dikatakan tinggal bersama ibunya di Puchong sebelum dibawa ayahnya ke Johor.

Kes berkenaan dirujuk di Balai Polis Puchong untuk tindakan susulan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan serius pada kanak-kanak itu termasuk patah paha kanan, lebam di muka serta kesan calar di kepala,” katanya.

Menurutnya, suspek adalah teman wanita kepada ayah mangsa dan mempunyai dua orang anak termasuk mangsa.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan sah selain polis merampas barang kes digunakan suspek untuk mendera mangsa termasuk payung.

“Suspek kini direman sehingga sehingga 9 Oktober ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendera,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

No comments:

Post a Comment