Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Wanita disamun, dilarikan dalam kereta


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Oktober 2014


KOTA BHARU - Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun, bukan sahaja disamun malah turut dilarikan dalam sebuah kereta jenis Proton Wira dalam kejadian di Tunjong di sini petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu berlaku begitu pantas dan pihak polis masih mengesan dua suspek dalam kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan setakat ini pihaknya hanya menerima laporan mengenai kejadian itu dan masih menyiasat tentang kes terbabit.

“Kita telah arahkan supaya anggota memantau kawasan berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang lihat kejadian diminta hubungi balai-balai berdekatan atau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah untuk maklumat lanjut,” katanya.

Rohaimi berkata, pihaknya mengesan kereta jenis Proton Wira warna merah dengan nombor pendaftaran WFG 7542 yang digunakan dua suspek terbabit.

“Saya nasihatkan supaya wanita berhati-hati ketika berada di tempat awam dengan menjaga harta benda dan diri, serta tidak berjalan sendirian di tempat sunyi yang turut mendorong penjenayah melakukan kegiatan menyamun," katanya.

No comments:

Post a Comment