Search This Blog

Friday, October 24, 2014

‘Wanita amuk’ lari hospital



GAMBAR Muhdalena ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Putrajaya pada Februari lalu.


JOHOR BAHRU – Wanita yang dituduh mengamuk di pekarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya dua tahun lalu, melarikan diri daripada pengawasan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam.
Muhdalena Ahmad, 29, menghilangkan diri selepas tiga hari melahirkan bayi lelakinya di hospital berkenaan Selasa lalu.
Muhdalena sebelum ini diperintahkan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi oleh Mahkamah Sesyen di Putrajaya pada 19 Jun lalu kerana penglibatannya dalam kejadian amuk tersebut.
Dia bagaimanapun dimasukkan ke Wad Anggerik 2, HSA pada Ahad lalu kerana mahu melahirkan bayi. Sebelum ini, wanita itu mempunyai dua anak.
Difahamkan, Muhdalena melarikan diri pada pukul 9 pagi semalam ketika pergi ke tandas Wad Timur HSA tanpa diiringi anggota polis.
Menurut sumber, dua anggota polis yang baru masuk pada pertukaran syif pada pukul 9 pagi itu mendapati wanita terbabit tiada di atas katilnya.
Katanya, Muhdalena sebelum ini memberi alasan kepada anggota polis yang bertugas pada syif pagi bahawa dia mahu ke tandas dan dibenarkan pergi oleh anggota tersebut tanpa kawalan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3H0cZJxb5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment