Search This Blog

Friday, October 3, 2014

‘Usahawan ganja’ kantoi


Shah Alam: Empat lelaki termasuk seorang kakitangan awam ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama 31 pokok ganja yang ditanam di belakang rumah di Kampung Melayu Sungai Buloh, Selasa lalu.
Semua mereka yang berusia antara 34 hingga 45 tahun ditahan jam 3.30 petang ketika khayal akibat menghisap ganja di rumah berkenaan. 
Rampasan itu menjadikan jumlah ganja dirampas seberat 914 gram yang disembunyikan dalam rumah serta kereta milik suspek diletakkan berhampiran rumah berkenaan. 

Ketua JSJN Selangor, Asisten Komisioner Md Tahir Kasim berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan suspek yang menanam pokok mencurigakan dalam pasu dan beg plastik di bahagian belakang rumah berkenaan.
Foto
MD Tahir (tengah) menunjukkan pokok ganja yang dirampas.

Menurutnya, polis merampas 622 gram ganja dalam bentuk dedaun dan biji serta peralatan untuk menguruskan tanaman serta peralatan menghisap ganja manakala usia pokok ganja itu dianggarkan antara tujuh hingga lapan bulan.

“Hasil siasatan lanjut membawa polis ke sebuah kereta milik seorang daripada suspek dan dalam kenderaan itu, polis menemui ganja mampat seberat 292 gram. Polis akan menyiasat sama ada suspek memproses ganja berkenaan atau memperolehnya daripada pihak lain. 

“Hasil semakan lanjut, seorang daripada suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah manakala tiga lagi suspek termasuk kakitangan awam itu tidak mempunyai rekod lampau tetapi hasil ujian air kencing mendapati mereka positif ganja,” katanya pada sidang media di IPK Selangor, semalam. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments:

Post a Comment