Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Umpan hadiah loteri


Kuala Lumpur: Satu sindiket penipuan ‘Macau Scam’ dikesan menjual nama Syarikat Penerbangan AirAsia bagi memperdaya orang ramai kononnya mangsa memenangi cabutan loteri berjumlah ratusan ribu ringgit.
Mangsa cuba diperdaya sindiket itu yang mengumpan mereka melalui kiriman e-mel yang dihantar secara rawak.
Ketua Bahagian Perundangan Kumpulan AirAsia Amir Faezal Zakaria berkata, pihaknya menerima sekurang-kurangnya tiga aduan daripada pelanggan yang menghubungi syarikat berkenaan selepas menerima e-mel dikirim individu menggunakan nama JK Allen dan Jimmy Chan.

Beliau yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas membuat laporan polis pagi semalam menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan tawaran palsu atas nama syarikat AirAsia.
Foto
AMIR  Faezal menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat pihaknya.

“Kami tidak pernah menganjurkan program itu atau melantik mana-mana individu mahupun syarikat untuk mengadakan peraduan loteri.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment