Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Ugut sembelih isteri, anak


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Oktober 2014

BESUT - Seorang wanita berusia 27 tahun berdepan ketakutan apabila menerima ugutan bunuh daripada suaminya sendiri yang dipercayai penagih dadah, dalam kejadian pada Isnin lalu.

Sebelum itu, difahamkan berlaku perselisihan faham antara pasangan yang menetap di Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan itu menyebabkan wanita berkenaan melarikan diri ke rumah keluarganya di sebuah kampung dekat Jertih.

Menurut sumber, akibat tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang melarikan diri, suspek didakwa menghantar SMS pertama kira-kira jam 11.45 malam dengan mengugut akan menikam isteri dan anaknya.

Katanya, dalam SMS kedua pula, suspek mengugut akan menyembelih wanita berkenaan bersama anaknya dengan pisau.

“Bimbang kejadian buruk berlaku terhadap diri dan anaknya, mangsa kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Jertih untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noor Halim Nordin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, polis memandangkan serius kes seumpama itu dan kini sedang memburu suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

No comments:

Post a Comment